Friday, March 13, 2009

Pengenalan Kepada Industri Gaharu


Pembangunan ekonomi umat Islam telah dibincangkan di segenap pelusuk dunia Islam, tapi jalan penyelesaiannya belum ditemui.

Gaharu atau agarwood adalah produk tumbuhan termahal di dunia. Sejarah perdangan gaharu bermula seawal abad ketiga direkod dalam tulisan Wa Zen dari Dinasti Wu. Wa Zen menceritakan dalam tulisannya bahawa gaharu diperolehi dari Vietnam".
"Gaharu sangat penting dalam pembuatan minyak wangi dan penghasilan ubatan. Harga gaharu bergred double super mencecah USD30,000 di pasaran antarabangsa pada hari ini. Manakala harga gaharu Malaysia yang termahal pernah direkodkan ialah USD27,400".



Salah satu senjata yang dapat menyekat atau menghalang kerakusan barat adalah sumber semulajadi yang tidak dapat di tanam atau didapati di negara mereka.

Sejarah membuktikan bahawa penaklukan Portugis ke atas Melaka adalah disebabkan ingin mendapatkan bekalan rempah dan gaharu.

Pokok Depu/Karas/Aquilaria adalah pokok yang akan menghasilkan Gaharu, dan ia hanya boleh tumboh di kawasan asia tenggara dan selatan India dan China.

Di Malaysia ia tumbuh dengan subur di kawasan hutan dan semua jenis tanah kecuali kawasan berair. Di Selatan Thailand ia ditanam didalam ladang getah yang di selang seli oleh pokok ini. Gaharu hanya boleh dihasilkan dari pokok ini dan tidak boleh dicipta melalui kaedah saintifik, menunjukkan permintaan dari Barat dan Asia Barat amat tinggi sehingga ia mempunyai nilai lebih mahal dari emas.

Penghasilan semulajadi Gaharu adalah amat sedikit dan satu penemuan telah dibuat yang membolehkan pokok depu/karas/aquilaria menghasilkan Gaharu secara maksimum yang akan memberikan hasil yang amat tinggi kepada pengusaha ladang aquilaria ini.

Oleh itu, kami hanya menjual anak benih pokok gaharu dari spesis Aq. Crassna sahaja. Ini kerana, benih Crassna setakat ini dihasilkan melalui biji benih manakala Sub-Integra dihasilkan melalui teknik tissue-culture. Melalui pemerhatian dan pengalaman kami, kadar hidup anak pokok spesis Sub-Integra hanyalah lebih kurang 50%-80% sahaja manakala Crassna mampu mencapai tahap sehingga 100% kadar hidupnya memandangkan Aq. Crassna mempunyai daya tahan yg amat tinggi.

Dipercayai Tanah Seluas 1 ekar boleh di tanam sebanyak 1000 pokok dan boleh menghasilkan jualan sebanyak RM1,000,000.00 (Anggaran). Jarak Tanaman adalah 2M x 2M, 2M x 3M atau 3M x 3M ditanam selama 5-6 tahun untuk benih aq. subintegra atau aq. crassna di mana pada tahun ke 5 disuntik dengan sejenis ubat dan dibiarkan selama 1-2 tahun. Manakala bagi benih tempatan iaitu aq. malacensis ianya memerlukan tempuh selama 7-8 tahun untuk tujuan penyuntikan.

Kami telah berusaha mencari pengetahuan selama lebih 4 tahun dan sekarang kami sudah mempunyai ladang aquilaria, mempunyai nurseri anak benih, kepakaran untuk menyuntik pokok yang sudah matang dan juga sudah mula menyuntik pokok2 yang telah sedia untuk disuntik. Kami juga mempunyai kilang memproses minyak gaharu dan kami bersedia membeli pokok gaharu matang dengan harga yg berpatutan.

Saudara-saudara kami sesama Islam yang ingin membangunkan ekonomi bersama-sama kami bolehlah menghubungi kami dan berbincang bagaimana untuk kita mendapat keredaan Allah Taala dan berjaya dalam bidang ini.